Banner

Jom follow..


musim luruh


Memartabatkan Bahasa

Sunday, December 11, 2011

Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

Ayat Tunggal

1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.

Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.

            Subjek    =  Lelaki gemuk itu

            Predikat  =  sedang menembak burung.

Ayat Majmuk

1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.

2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.

Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )

            B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )

            C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.  ( Ayat Majmuk )

PEMAJMUKAN

Kata Majmuk

1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.

2.     Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.

3.     Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.

4.     Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.

5.         Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.

6.         Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.

Bentuknya

7.         Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.

8.         Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya.

9.            Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.

10.            Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.

11.        Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut:

(a) kata nama majmuk;

(b) kata bilangan majmuk;

(c) kata adjektif majmuk;

(d) kata kerja majmuk;

(e) kata sendi majmuk;

(f) kata keterangan majmuk;

(g) Kata hubung majmuk.

12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama.

Contoh kata nama majmuk, antara yang lainlain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.

13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh.

14.        Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.

15.        Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.

Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.

16.        Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.

17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.

18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.

19 Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.

Tugasnya

20.        Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:

           (a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.


air (kata nama) + mata (kata nama)
air mata (kata nama)
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif)lemah lembut (kata adjektif)
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja)mogok duduk (kata kerja)
dari (kata sendi) + pada (kata sendi)daripada (kata sendi)

(b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:

apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya)apabila (kata nama)
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama)alim utama (kata nama)
gulung (kata kerja) + tikar (kata nama)gulung tikar (kata kerja)
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama)tumbuk rusuk (kata nama)
cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif)cerdik pandai (kata nama)
lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja)lalu lintas (kata nama)
banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama)banyak mulut (kata adjektif)
lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif)lambat laun (kata keterangan)

Maknanya

21.        Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:

(a) kata majmuk wajar;  

(b) kata majmuk kiasan

22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya.

Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.

23.        Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya.

Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati.

Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.

24.        Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.


adat istiadat
alih bahasa
bahasa pasar
bakul sampah
batang hidung
cakera padat
cantik jelita
daya cipta
dengki hati
emas putih
esok hari
gagah berani
galah canggah
rendah hati
sabun mandi
sihat akal

gunung api
hancurlebur
harga borong
hitam manis
ikan parang
inti sari
isi perut
juling air
kaca mata
kerak bumi
otak depan
olah raga
pagar duri
pindah tangan
rabun jauh
tahan lasak

kongsi gelap
lampu duduk
lipat ganda
lubang hidung
mabuk taut
merah jambu
minyak makan
naik takhta
nenek moyang
orang gaji
tuan rumah
udang galah
uji kaji
wang saku
warta berita
zat air

24.        Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.


akal kancil
anak angkat
anak baju
anak emas
anak kunci
batu loncatan
banyak mulut
buah mulut
bulan madu
cahaya mata
cakap angin
campur tangan
cekak musang
dapur susu
mata hari
naik darah
nyawa ikan
otak udang
tangan besi
timbang rasa

darah daging
datang bulan
daun pintu
emas kahwin
embun jantan
filem bisu
gaji buta
gantung kemudi
gatal mulut
gunung payung
habis akal
lalat hijau
lebar mulut
lemah semangat
lepas tangan
main angin
malam buta
sampai hati
tali barut
tanah air

hajat besar
harga diri
ibu ayam
isi hati
jalan bahasa
jauh hati
kaki tangan
karat hati
kata dua
kecil hati
kereta api
papas hati
panjang tangan
pasar gelap
patah hati
rendah hati
sagu hati
sakit hati
tumbuk rusuk

SIMPULAN BAHASA DAN MAKSUD

Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat
kesenangan.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

Bbiar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

Berbesar Hati
Maksud : Gembira.

Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

Batu Penghalang
Maksud : Halangan

Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

Meninggi diri
Maksud : Sombong

Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.

Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.

Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong

Murah Hati
Maksud : Pemurah.

Tangan Kosong
Maksud : Hampa.

Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
 
Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

STRATEGI PENGAJARAN (sistem 'tunjuk' dan 'eja' dengan cara yang betul)

Salam sejahtera,
Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping dapat melaksanakan tugas harian dengan sempurna. Terima kasih atas kesudian anda meluangkan masa melayari laman ini.
Topik pada kali ini berkaitan dengan sistem ‘mengeja dan sebut’ yang diajar oleh guru di sekolah, tetapi gagal dipraktik dengan baik oleh murid.
Cuba perhatikan cara murid belajar mengeja di bawah :
sistem 'menunjuk semasa mengeja' yang tidak betul
Gambar 1 menunjukkan murid mengeja sambil menunjuk pada perkataan. Cara ini perlu diperbetul bagi mengelakkan murid terus ketinggalan. Ini kerana murid menutup perkataan yang hendak dieja. Kebanyakan guru tidak perasan apabila membimbing murid mengeja dalam kumpulan.
Sistem yang salah terus diamalkan. Jadi, tidak hairanlah murid lebih banyak menghafal dan terus tidak kenal abjad, apatah lagi untuk menulis berdasarkan gambar.
sistem 'tunjuk dan eja' dengan cara yang betul
Gambar 2 menunjukkan cara mengeja sambil menunjuk dengan cara yang betul. Murid tidak menutup perkataan. Oleh yang demikian, mereka akan dapat melihat huruf dan suku kata yang hendak dieja.
Kadang-kadang ada perkara kecil yang kita terlepas pandang. Jadi, sama-samalah kita bantu murid agar tidak terus ketinggalan.
Sekian,

Tuesday, November 29, 2011

Contoh Rancanagn Pengajaran Harian

1.0          RANCANGAN PEGAJARAN HARIAN (RPH)

Mata Pelajaran          : Bahasa Melayu
Kelas                          : Tahun Satu
Tarikh                         : 03 November 2011
Masa                           : 9.00 – 9.30 pagi (30 minit)
Bilangan Murid         : 17 orang
Tema                          : Mari Bertani
Subtema                     : Buah-buahan Tempatan

Standard Kandungan           :
1.2       Menyebut perkataan dan ayat tunggal dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
Standard Pembelajaran :
2.3.1    Menyusun dan menulis perkataan menjadi ayat tunggal yang betul berdasarkan gambar dengan menggunakan tulisan yang kemas.

Objektif          : Pada akhir pelajaran murid berupaya :
1.    Menyebut, membatangkan dan membaca perkataan dan ayat tunggal dengan lancar, serta menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
2.    Membina dan menyusun perkataan menjadi ayat tunggal yang betul, dengan menggunakan tulisan yang kemas dan cantik.
SDK    :  1.2.6,2.3.1,1.1.2,2.1.2,4.1.1,4.1.2

Pengetahuan sedia ada : Murid sudah mempelajari dan mengetahui mengenai buah-       
                            buahan tempatan.
ABM / BBM                     : Gambar, slide power point, pensel, lembaran kerja

Nilai Murni                      : Bertanggungjawab, bekerjasama, tolong menolong












Langkah

Aktiviti Pengajaran dan  Pembelajaran


Penilaian /Fasa / SDK

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid


Set Induksi
( 3 minit )













-       Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid.

-       Guru menyoal murid mengenai buah-buahan yang digemari oleh murid-murid.

-       Guru menunjukkan slide lagu dan video “Buah-buahan Malaysia”.




-       Guru menyuruh murid menyanyikan lagu berdasarkan lirik lagu berpandukan video dan irama muzik.

-       Murid menjawab salam.


-       Murid menyatakan buh-buahan yang digemari oleh mereka.

-       Murid membaca seni kata lagu yang etrdapat pada slide serta mendengar dan melihat video yang dipaparkan oleh guru.

-       Murid menyanyikan lagu bersama-sama dengan iringan muzik menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

1.1.2
Menumpukan kepada aktiviti secara menyeluruh

2.1
Penjanaan idea


4.1.1
Pembelajaran secara didik hibur

Langkah 1
( 7 minit )

-       Guru menunjukkan slide gambar buah-buahan tempatan

-       Guru menyuruh murid menyebut nama buah-buahan dan mengejanya bersama-sama. Contohnya, durian, nanas, betik, manggis, ciku, dan rambutan.







-       Guru menyoal murid-murid mengenai bentuk fizikal dan rasa buah-buahan berdasarkan gambar.

-       Guru menyatakan kebaikan dan faedah buah-buahan tempatan.



-       Murid melibat slide yang ditunjukkan oleh guru.

-       Murid menamakan buah-buahan yang ditunjukkan dan mengeja bersama-sama.











-       Murid menyatakan bentuk fizikal dan rasa buah-buahan berdasarkan gambar.

-       Murid mendengar dengan teliti penerangan yang disampaikan oleh guru.

2,1
Penjanaan Idea



2.1.2
Menghasilkan idea secara berterusan


2.1.3
Menghasilkan idea yang bermakna

Langkah 2
(10 minit )

-       Guru memaparkan slide aktiviti menyusun perkataan menjadi ayat tunggal yang betul.

-       Guru memberikan penerangan kepada murid mengenai aktiviti yang hendak dilakukan.


-       Guru menyuruh beberapa orang murid untuk menyusun perkataan menjadi ayat tunggal yang betul berdasarkan gambar. Contohnya, Monyet suka makan pisang.

-       Guru menyuruh murid-murid membaca ayat bersama-sama.

-       Murid melihat slide yang dipaparkan oleh guru.


-       Murid mendengar dengan teliti penerangan yang disampaikan oleh guru.

-       Murid yang dipilih oleh guru keluar ke hadapan untuk menyusun perkataan menjadi ayat tunggal yang betul.



-       Murid membaca ayat yang ditunjukkan oleh guru bersama-sama

1.1.2
Menumpukan perhatian kepada aktiviti secara menyeluruh

2.1
Penjanaan idea

2.4
Membaca dan memahami maklumat dan memberikan respons dengan betul

1.5
Bercerita & menceritakan tentang sesuatu perkara dengan tepat


Langkah 3
( 7 minit )

-       Guru memberi penerangan mengenai aktiviti dan mengedarkan lembaran kerja.






-       Guru menyuruh murid menjawab solan yang diberikan

-       Guru menilai hasil kerja murid.

-       Murid mendengar dengan teliti penerangan yang disampaikan oleh guru dan meneliti lembaran yang diedarkan.




-       Murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

-       Perbincangan.


3.6
Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan betul




Penutup
(3 minit )


-       Guru membuat aktiviti pengukuhan.

-       Murid menjawab soalan yang disoal oleh guru.



Refleksi  Guru  :  Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan terkawal.

Refleksi Murid  :  80% orang murid berupaya memahami serta menguasai pengajaran dan
                            pembelajaran dengan baik